Thursday, March 25, 2010

PENGUMUMAN!!!!!

LATIHAN BULAN APRIL 2010

1. Latihan abseiling & Suntikan Perang (Battle Inoculation)
  • Tarikh : 9,10,11 April 2010
  • Tempat : PULADA, Ulu Tiram, Johor.
  • Pakaian : 1.No 5 (loreng)
  • 2.Sukan
  • Penginapan : Kem Tebrau

*Anggota sukarela diminta memohon cuti dari majikan. Surat permohonan cuti boleh diperolehi dari jurulatih di Kem Segamat. Sila hebahkan kepada lain-lain anggota.

2. Pertandingan kecantikan kem

  • Anggota diminta membuat sumbangan seperti cat, batu bata, simen, dll kepada jurulatih di kem.
  • Sebarang sumbangan idea/wang ikhlas dari anggota hendaklah disalurkan terus kepada OC-Mejar Suhaimi Abd Kadir.

3. Pengambilan anggota baru

  • Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pasukan sukarela REJIMEN ASKAR WATANIAH, bolehlah datang sendiri ke Kem Segamat dengan membawa dokumen yang diperlukan pada setiap waktu bekerja ataupun waktu latihan.

4. Kehadiran Latihan

  • Dari Pegawai Memerintah Bn 2.

- Kehadiran anggota pada setiap kali waktu latihan, adalah masih kurang memuaskan.

- Diharapkan, setiap anggota dapat memberikan kerjasama dengan menghadiri latihan seperti yang dijadualkan bagi menambahbaik mutu pada diri setiap anggota seterusnya kepada ATM.

5. Lain-lain

  • Untuk makluman, OC Kem Segamat, Mejar Suhaimi Abdul Kadir telah mengalami kemalangan jalan raya pada 13 Mac 2010 lalu. Memandangkan keadaan beliau belum pulih sepenuhnya, adalah baik untuk kita bersama-sama mendoakan agar beliau segera pulih seperti sediakala.InsyaAllah. Amin.

No comments:

Adakah anda berminat dengan latihan wataniah yang dijalankan?